Wednesday 20 April 2011

BERKUNJUNG KE SME CORP NEGERI KELANTAN

Pada 20.04.2011, pihak pengurusan KMF2u telah mengunjungi pejabat SME Corp Malaysia (Negeri Kelantan) yang berpejabat di aras 5-B, Menara Kelantan Trade Centre,Kota Bharu.

Kunjungan kami ini telah disambut oleh En.Aminuddin, iaitu Pengarah SME Corp Negeri Kelantan. Tujuan pihak pengurusan berkunjung ke SME Corp adalah bagi mendapatkan maklumat dan tatacara untuk memantapkan lagi KMF2u pada masa hadapan, supaya lebih berdaya saing.

Pihak KMF2u amat berpuas hati dengan pertemuan yang ringkas ini kerana banyak maklumat yang telah diberikan oleh En.Aminuddin kepada pihak KMF2u. Pihak KMF2u juga telah di jemput untuk menyertai aktiviti anjuran SME Corp.

Pihak KMF2u dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga SME Corp.


FOTO KENANGAN KEMBARA KMF2U MENYERTAI "FRIENDSHIP FEST 2011"




PEMENANG PERTAMA CABUTAN BERTUAH